May 17, 2012

Apakah Itu IMP ?

Assalamualaikum wbk semua....
hai semua...
hari ni Cik Hani nak bercerita tentang IMP. bagi para penggemar pembelek barang-barang di supermarket ataupun barang-barang yang keluaran Malaysia..kadang2 akan ternampak simbol ini..

tidak semua produk dipasaran mempunyai 'cop mohor' ini tau..

jom kita semak apa bende tu IMP?

(bermulalah entry serius Cik Hani)

IMP adalah satu piawaian (standard) yang HALALAN THOYYIBA iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikal malahan juga suci dari sudut rohaninya. Justeru,persoalan utama yang diambil kira sebagai faktor halal lagi baik ialah menegakkan hukum syarak, Keberkatan hanya terserlah apabila hukum-hukum Allah ditegakkan walaupun pada setiap masa,waktu  dan ketika.

PROSES PENGILANGAN :

Antara proses pengilangan hendaklah mengambil kira aspek=aspek syarak':

  1. proses pencucian menggunakan air mutlak.
  2. operator yang mengendalikan produk digalakkan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk dan mengetahui hukum taharah.
  3. setiap proses dimulakan dengan bismillah dan doa..
  4. kerja-kerja pengendalian akan dihentikan setibanya waktu solat.
  5. dikendalikan sepenuhnya oleh muslim
  6. penggunaan bahan dari bahan mentah hingga ke bahan persekitaran suci daripada sumber haram.
KELEBIHAN PRODUK IMP:

Seperti yang telah dinyatakan di atas, produk IMP dihasilkan dalam suasana yang begitu terjaga.Misalnya,etika memulakan sesuatu pengendalian dengan Basmallah secara tidak lansung menambah baik zat yang terkandung dalam bahan tersebut. Hal ini sama seperti partikal air yang berubah menjadi begitu cantik setelah dibacakan Basmallah ke atasnya.

Galakkan mengambil wuduk juga menjamin kesucian tangan-tangan yang mengendalikan bahan produk IMP. Secara tidak lansung menyalurkan keberkatan Wuduk itu sendiri kepada produk yang dihasilkan.

Suasana pengilangan yang tidak terdedah dengan muzik-muzik yang mengkhayalkan juga mendorong pengendali sentiasa berada dalam keadaan yang tidak alpa daripada mengingati Allah.Ini merupakan salah satu cara mendekatkan lagi keberkatan dan keredhaan Allah kepada pengendali,produk khususnya keberkatan terhadap produk yang dihasilkan itu sendiri.

Keberkatan yang diperoleh amatlah tinggi manfaatnya sehingga mampu menjamin ketenangan jiwa..kebahagiaan hidup seterusnya melahirkan ummah islam yang terbilang.

DAPATKAN PRODUK IMP

Muslimin dan muslimat serta seluruh warga dunia dijemput untuk mendapatkan produk IMP di mana-mana pasaraya yang menawarkan produk tersebut. (dah mula dah ayat merapu die)

Apa yang pasti.. MANJADDA WAJADA HUB boleh memberikan anda produk IMP dengan harga yang menarik.. jadi..tunggu apa lagi?? datanglah ke MANJADDA WAJADA HUB atau nantikan entry menarik Cik Hani mengenai produk2 IMP yang bakali berkunjung dengan meriah di MANJADDA WAJADA HUB.

 mahu tahu lebih lanjut mengenai IMP?

kunjungi www.sidratul.com 

selamat melayari website dan jumpa lagi...

Assalamualaikum....(^__^)
saya bukan pengurus,
saya sekadar mengurus..
Makanan yang halal lagi baik menbantu pertumbuhan jiwa yang lebih dekat dengan Allah..  




No comments:

Post a Comment

Kindly, please drop your comments/requests/suggestions here :